Travelodge City Centre penginapan strategik di ibu kota

Travelodge City Centre terletak di Jalan Hang Kasturi dan berhampiran Pasar Seni.
Travelodge City Centre terletak di Jalan Hang Kasturi dan berhampiran Pasar Seni.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Terletak di tengah-tengah pusat bandar, hotel Travelodge City Centre menawarkan keselesaan dan akses mudah ke lokasi tumpuan ramai di ibu kota.

Pengurus Operasinya, Genevieve Willie berkata, lokasinya yang strategik di Jalan Hang Kasturi dan berhampiran Pasar Seni menjadikan hotel itu pilihan pelancong dalam dan luar negara.

Menurutnya, tempat penginapan itu terletak 270 meter dari Pasar Lambak Jalan Petaling dan Stesen LRT Pasar Seni.

"Travelodge City Centre juga hanya berjarak 600 meter dari Dataran Merdeka selain hampir dengan kawasan tumpuan lain seperti Bukit Bintang, Menara Berkembar Petronas dan Suria KLCC," katanya.

Beliau berkata, Travelodge City Centre menyediakan WiFi percuma di seluruh tempat penginapannya yang baru dinaik taraf.

Katanya, tetamu boleh meminta bantuan dari kaunter penerimaan tetamu yang dibuka 24 jam untuk perkhidmatan penukaran mata wang, dobi dan simpanan bagasi.

"Dari lapangan terbang terdekat, perjalanan hanya mengambil masa 40 minit dengan menaiki kereta api dan 60 minit jika menggunakan teksi.

"Kami menyediakan pakej penginapan pada harga menarik pada musim cuti selain menjalinkan kolaboratif dengan pihak lain seperti Tourism Malaysia untuk menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020," katanya.

Artikel Berkaitan:

Genevieve berkata, maklumat lanjut mengenai Travelodge City Centre boleh didapati di laman web www.travelodgehotels.asia.