Ketua jabatan, pengarah syarikat direman buat tuntutan palsu

Seorang ketua jabatan (kiri) dan pengarah sebuah syarikat direman kerana disyaki terbabit dalam kes membuat tuntutan pembekalan yang tidak wujud berjumlah RM49,900.
Seorang ketua jabatan (kiri) dan pengarah sebuah syarikat direman kerana disyaki terbabit dalam kes membuat tuntutan pembekalan yang tidak wujud berjumlah RM49,900.
A
A
A

MELAKA - Seorang ketua jabatan di sebuah kementerian di negeri ini dan seorang pengarah syarikat swasta direman oleh Mahkamah Masjitret di sini, pada Selasa selepas dipercayai membuat tuntutan palsu bagi pelaksanaan program yang tidak wujud.

Ketua jabatan terbabit direman selama lima hari hingga 10 Februari ini manakala pengarah syarikat direman sehingga 9 Februari ini.

Kedua-dua suspek yang memakai pakaian lokap SPRM tiba di Kompleks Mahkamah Melaka pada jam 9.10 pagi dengan menaiki kenderaan berasingan.

Perintah penahanan reman terhadap kedua-dua suspek yang berusia 40-an itu dikeluarkan Majistret Khairunnisak Hasni selepas menerima permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Seorang ketua jabatan (kiri) dan pengarah sebuah syarikat direman kerana disyaki terbabit dalam kes membuat tuntutan pembekalan yang tidak wujud berjumlah RM49,900.
Seorang ketua jabatan (kiri) dan pengarah sebuah syarikat direman kerana disyaki terbabit dalam kes membuat tuntutan pembekalan yang tidak wujud berjumlah RM49,900.

Kedua-dua mereka dipercayai bersubahat membuat tuntutan palsu berkaitan pembekalan bagi sebuah program jabatan yang telah diadakan di sekitar Melaka dengan mengemukakan invois mengandungi butir matan palsu bagi memperoleh tuntutan pembekalan berjumlah RM49,900, sedangkan pembekalan tersebut tidak pernah dilaksanakan pada tahun lalu.

Mereka ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan dua ketua jabatan dan seorang pengarah syarikat ditahan SPRM selepas disyaki membuat tuntutan palsu.

Artikel Berkaitan:

Sumber berkata, kesemua suspek ditahan di Pejabat SPRM Melaka kira-kira jam 2.30 petang pada Isnin ketika diminta hadir memberi keterangan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Mohd Shahril Che Saad mengesahkan penahanan berkenaan dan memaklumkan siasatan berhubung kes itu akan diteruskan.