Polis cari waris mayat wanita dibunuh

Polis sedang mengesan waris mayat seorang wanita yang ditemukan tanpa identiti di tebing Sungai Kinta berhampiran Jeti Matang Pelanduk dekat Teluk Intan, bulan lalu. (Gambar kecil: Hafezul) Gambar hiasan
Polis sedang mengesan waris mayat seorang wanita yang ditemukan tanpa identiti di tebing Sungai Kinta berhampiran Jeti Matang Pelanduk dekat Teluk Intan, bulan lalu. (Gambar kecil: Hafezul) Gambar hiasan
A
A
A

PARIT - Polis sedang mengesan waris mayat seorang wanita yang ditemukan tanpa identiti di tebing Sungai Kinta berhampiran Jeti Matang Pelanduk dekat Teluk Intan, bulan lalu.

Mayat mangsa dijumpai dalam keadaan tidak sempurna di tebing sungai berkenaan sekitar jam 10.30 malam pada 24 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, identiti dan bangsa mayat yang ditemukan tanpa pakaian itu masih belum dikenal pasti.

Menurut beliau, mangsa dipercayai dibunuh berikutan laporan hasil bedah siasat menunjukkan punca kematian disebabkan pelbagai kecederaan tumpul.

"Mangsa dianggarkan berusia 30 hingga 40 tahun mempunyai fizikal yang berisi dan ketuat pada kelopak mata kiri.

"Selain itu, mangsa yang berketinggian 135 sentimeter itu turut mempunyai lubang anting-anting pada kedua-dua telinga dan tiada beberapa gigi belakang," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Hafezul berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat dan kehilangan ahli keluarga boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah, Asisten Superintenden Hamzanni Abdul Ghani di talian 019-5732880 bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan: