Tahun Baharu Cina: Warga emas sebak sukarelawan Melayu bantu kemas rumah

Chu Seng dan isteri tidak dapat menahan sebak apabila sekumpulan sukarelawan Melayu bertindak mengemas rumah mereka sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada 10 Februari nanti.
Chu Seng dan isteri tidak dapat menahan sebak apabila sekumpulan sukarelawan Melayu bertindak mengemas rumah mereka sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada 10 Februari nanti.
A
A
A

BACHOK - Seorang warga emas di Kampung Pengkalan Cina di sini tidak dapat menahan sebak apabila sekumpulan sukarelawan Melayu bertindak mengemas rumah mereka sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada 10 Februari nanti.

Tan Chu Seng, 86, berkata, bantuan yang dihulurkan itu membuatkan dia gembira dan sudah tidak sabar untuk menunggu kedatangan tahun baru.

"Saya rasa tahun baru kali ini lebih bertuah dengan bantuan yang dihulurkan itu.

Sekumpulan sukarelawan Melayu bertindak mengemas rumah keluarga Chu Seng sempena sambutan Tahun Baru Cina.
Sekumpulan sukarelawan Melayu bertindak mengemas rumah keluarga Chu Seng sempena sambutan Tahun Baru Cina.

"Terima kasih kepada 21 sukarelawan yang membantu mengemas rumah lebih dua jam," katanya selepas menerima sumbangan pada Program Gotong-Royong Madani oleh Sukarlewan Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan bersama badan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Cina Bachok.

Menurutnya, kudrat yang ada membantutkan harapannya bersama isteri, Epo Eet,82, untuk menceriakan rumah menunggu sambutan tersebut.

Ujarnya, walaupun diraikan secara sederhana setiap tahun namun dia tetap gembira menyambutnya sambil ditemani anak ketiganya, Tan Sor Yim, 46, dan dua cucu.

Seramai 21 sukarelawan yang membantu mengemas rumah lebih dua jam.
Seramai 21 sukarelawan yang membantu mengemas rumah lebih dua jam.

Artikel Berkaitan:

"Saya ada darah tinggi dan penyakit jantung jadi tidak boleh kerja kuat. Bila ada bantuan ini saya sangat gembira," katanya.

Sementara itu Ketua Wanita PKR Kelantan, Nor Azmiza Mamat berkata, keluarga itu dipilih kerana mereka adalah salah satu keluarga termiskin daripada masyarakat Tionghua dan tiada pendapatan tetap kerana usia lanjut dan tidak mampu bekerja lagi.

Menurut beliau, selain membersih kediaman Chu Seng, pihaknya turut menyalurkan sumbangan angpau dan limau kepada masyarakat Tionghua di Kampung Pengkalan Cina dan Kampung Kemudi di sini.