Raja Permaisuri Agong berangkat ke Sambutan Tahun Baharu Cina MBJB

Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina di Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Johor, pada Rabu. Turut berangkat mengiringi Seri Paduka Baginda ialah Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor. - Foto Facebook Sultan Ibrahim

A
A
A

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah pada Rabu berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina di Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Johor.

Turut berangkat mengiringi Seri Paduka Baginda ialah Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor.

"Seri Paduka Baginda dan Che’ Puan Mahkota turut berkenan mengurniakan sumbangan wang tunai daripada Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ) selaku penganjur majlis kepada 100 penerima golongan B40 dari daerah Johor Bahru,” menurut hantaran di Facebook rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada Rabu.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi serta Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Tan Sri Datuk Dr Azmi Rohani dan isteri.

Seramai 400 tetamu jemputan telah menghadiri majlis tersebut yang diserikan dengan persembahan kesenian pelbagai kaum.

Pada masa sama, Seri Paduka Baginda turut berkenan beramah mesra bersama tetamu jemputan sebelum berangkat balik. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!