Dua lelaki nyaris maut dipijak gajah ketika leka berswafoto

Seekor gajah dilihat mengejar dua lelaki yang cuba berswafoto dengan haiwan itu. Foto Agensi
Seekor gajah dilihat mengejar dua lelaki yang cuba berswafoto dengan haiwan itu. Foto Agensi
A
A
A

NEW DELHI - Tindakan dua lelaki untuk berswafoto dengan seekor gajah liar membawa padah apabila mereka dikejar haiwan itu di sebuah lebuh raya terletak di India.

Portal The Sun melaporkan, rakaman dari kamera hadapan kenderaan lain menunjukkan dua lelaki itu cuba mendekati gajah untuk cuba bergambar dengan haiwan itu.

Pada mulanya mereka menyangka gajah itu akan memberi 'kerjasama', namun jangkaan mereka meleset apabila ia seperti naik minyak mengejar mereka.

Selepas mereka cuba melarikan diri, tiba-tiba salah seorang lelaki itu terjatuh dan nyaris dipijak gajah tersebut.

Bagaimanapun, lelaki itu bernasib balik apabila gajah itu berhenti mengejar mereka dan kembali ke dalam hutan. - Agensi

Artikel Berkaitan: