Taktik premis jalankan kegiatan persundalan terbongkar

Raub
Raub
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kegiatan persundalan yang berselindung di sebalik perniagaan hotel dan spa terbongkar apabila sebuah premis di Taman Century di sini diserbu Bahagian Siasatan dan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Johor Bahru Selatan pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, dalam serbuan jam 11.20 malam itu, seramai 13 individu melibatkan seorang lelaki warga tempatan berusia 37 tahun serta 12 wanita warga asing berusia lingkungan 19 hingga 33 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti persundalan.

Malah katanya, kesemua suspek juga dipercayai bekerja tanpa permit kerja yang sah.

"Dalam serbuan tersebut polis turut merampas beberapa barangan melibatkan empat telefon bimbit pelbagai jenama, tiga keping kertas catatan hasil keuntungan harian dan wang tunai berjumlah RM5,220.

"Polis turut merampas empat kondom, empat gulung tisu, satu tiub minyak pelincir, satu botol baby oil, satu keping kad akses pintu dan empat helai tuala mandi," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 373 Kanun Keseksaan.

Katanya, siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 39(B) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Artikel Berkaitan: