Penjaga stor rupanya 'pusher' dadah

Antara dadah yang dirampas polis dalam operasi di sebuah rumah di pangsapuri di Taman Bukit Pandan, Ampang, kelmarin.
Antara dadah yang dirampas polis dalam operasi di sebuah rumah di pangsapuri di Taman Bukit Pandan, Ampang, kelmarin.
A
A
A

AMPANG - Seorang penjaga stor dipercayai 'pusher' dadah sejak setahun lalu dicekup polis dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Taman Bukit Pandan di sini kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor, Asisten Komisioner R Sundralingam berkata, pemeriksaan kira-kira jam 1.30 pagi di rumah suspek berusia 26 tahun itu menjumpai 85 peket plastik lut sinar disyaki dadah jenis syabu dan 690 peket plastik lut sinar disyaki heroin.

"Suspek yang dikesan positif dadah jenis syabu itu dipercayai menjadikan rumahnya sebagai stor simpanan dadah.

No Image Caption

"Siasatan awal mendapati suspek memperoleh bekalan dadah daripada seorang lelaki di kawasan Sentul, Kuala Lumpur," katanya.

Menurutnya, nilai rampasan dadah berkenaan dianggarkan berjumlah RM43,500.

"Wang tunai berjumlah RM525 yang ditemui turut disita bagi membantu siasatan dan suspek ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Katanya, operasi akan terus dilaksanakan bagi mengesan individu yang terbabit dalam kegiatan pengedaran dan penggunaan dadah.

Artikel Berkaitan: