‘Kerajaan perlu jelaskan keputusan Lembaga Pengampunan’ - Radzi Jidin

Radzi Jidin
Radzi Jidin
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan perlu memberi penjelasan berhubung keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang mengurangkan hukuman penjara serta bayaran denda ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, penjelasan itu penting memandangkan kes tersebut berprofil tinggi dan mendapat perhatian masyarakat di seluruh dunia.

Menurutnya, walaupun individu yang dijatuhkan hukuman oleh mahkamah berhak untuk merayu kepada Lembaga Pengampunan, namun perkara itu perlu diperincikan dengan lebih baik.

“Kerajaan perlu membuat penjelasan kepada rakyat tentang asas dan sebab yang digunakan dalam membuat keputusan tersebut. Rakyat berhak mengetahuinya.

“Saya sendiri turut menerima pelbagai maklum balas daripada masyarakat sejurus selepas kenyataan media dikeluarkan oleh Urusetia Lembaga Pengampunan.

“Kes yang melibatkan Najib adalah satu kes berprofil tinggi dan mendapat perhatian umum bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia,” katanya dalam hantaran di X pada Jumaat.

Sebelum ini, Lembaga Pengampunan mengumumkan untuk membebaskan Najib lebih awal iaitu pada 23 Ogos 2028.

Kenyataan yang dikeluarkan Urusetia Lembaga Pengampunan, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri itu turut memaklumkan, Lembaga Pengampunan turut mengurangkan denda yang perlu dibayar Najib iaitu hanya RM 50 juga berbanding RM210 juta sebelum ini.

Artikel Berkaitan: