BAM pertaruh Muhammad perkuat beregu wanita negara

Muhammad
Muhammad
A
A
A

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan bekas penolong jurulatih beregu lelaki India, Muhammad Miftakh, dilantik sebagai penolong jurulatih beregu wanita negara.

Pelantikan Muhammad dari Indonesia itu bagi menggantikan kekosongan ditinggalkan Lee Meng Yean, berkuatkuasa mulai Khamis.

Menerusi satu hantaran video di Facebook BAM, beliau memaklumkan pelantikannya dicadang Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky, berdasarkan pengalaman luasnya dalam barisan kejurulatihan India selama 10 tahun.

“Rexy yang uruskan saya untuk masuk ke dalam BAM dan bergabung bersama ketua jurulatih Hoon Thien How. Perbincangan itu sudah mula Disember lalu berkenaan masalah kontrak dan lain-lain.

“...dan kerjasama dan komunikasi bersama Thien How untuk dua hari ini sangat bagus. Kalau di beregu wanita ini cara bermain rali panjang, jadi kita memerlukan ketahanan fizik dan minda yang baik untuk menjadi juara buat Malaysia,” katanya.

Muhammad menjadi antara watak penting di sebalik kejayaan skuad badminton India mencipta sejarah menjulang Piala Thomas buat kali pertama pada 2022. - Bernama

Artikel Berkaitan: