Lelaki Malaysia ditemukan mati di bilik hotel di Utara India

Seorang warganegara Malaysia yang melancong ke pekan Ayodhya di utara India ditemukan mati di dalam bilik hotelnya. - Gambar hiasan
Seorang warganegara Malaysia yang melancong ke pekan Ayodhya di utara India ditemukan mati di dalam bilik hotelnya. - Gambar hiasan
A
A
A

NEW DELHI - Seorang warganegara Malaysia yang melancong ke pekan Ayodhya di utara India ditemukan mati di dalam bilik hotelnya.

Mendiang yang dikenali sebagai Darma Raja RP Sammugam, menyertai satu kumpulan dari Malaysia melawat Ayodhya, menurut laporan media tempatan.

Lelaki berusia 73 tahun itu menginap berhampiran kompleks di mana sebuah kuil besar Hindu sedang dalam pembinaan.

Punca sebenar kematian masih belum jelas.

Sebuah akhbar tempatan melaporkan lelaki terbabit antara enam pelancong yang terdiri daripada empat wanita dan dua lelaki, yang menempah tiga bilik hotel pada Ahad.

Insiden berlaku apabila dua individu keluar dari bilik hotel dan sekembalinya mereka mendapati pintu bilik hotel terkunci.

Mereka meminta bantuan pengurus hotel, sebelum mendapati lelaki itu terbaring di atas lantai dengan siaran televisyen masih terpasang.

Dia kemudiannya dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia. - Bernama

Artikel Berkaitan: