Idrus Harun dilantik sebagai Pengerusi AmanahRaya

Idrus Harun
Idrus Harun
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dilantik sebagai Pengerusi Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) berkuat kuasa pada Selasa.

AmanahRaya dalam satu kenyataan berkata, pelantikan Idrus akan membantu meningkatkan prestasi dan keupayaan kumpulan yang juga syarikat pemegang amanah utama di Malaysia.

“Dengan pengalaman selama lebih 42 tahun, beliau berkhidmat sebagai Timbalan Pendakwa Raya di beberapa jabatan kerajaan sebelum menjadi Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu; Peguam Kanan Persekutuan di Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Penggubal Undang-Undang Parlimen.

“Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Undang-Undang dengan Kepujian dari Universiti Malaya (UM) dan dilantik sebagai Peguam Negara sejak 6 Mac 2020 sebelum menamatkan perkhidmatannya pada 30 September lalu,” katanya.

Idrus memulakan kerjaya dalam sektor perundangan sebagai Penolong Penggubal Undang-Undang Parlimen di Jabatan Peguam Negara sebelum menjadi Penolong Kanan Pendaftar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Anak kelahiran Ayer Hitam, Kedah itu juga dilantik sebagai Peguam Cara Negara pada April 2006 seterusnya menyandang jawatan Hakim Mahkamah Rayuan; September 2014 serta Hakim Mahkamah Persekutuan; November 2018 sehingga menjadi Peguam Negara.

Artikel Berkaitan: