Puad Zarkashi dakwa ada pihak tak mahu Najib diberi pengampunan penuh

Laporan Sinar Harian
Laporan Sinar Harian
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa ada pihak yang tidak mahu pengampunan penuh diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, banyak pihak akan berpesta dengan keputusan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya pada Khamis.

“Najib gagal dapat pengampunan penuh, ia amat melukakan. Orang lain boleh, dia tidak boleh. Ada (orang) yang mahu ia tidak dibolehkan.

“Banyak pihak akan berpesta, Najib adalah ‘wow factor’ pemulihan UMNO.

“Kini, senjata kebangkitan parti ini ditumpulkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Spekulasi mengenai pembebasan awal bekas Perdana Menteri itu akhirnya terjawab apabila Lembaga Pengampunan mengesahkan beliau akan dibebaskan pada 23 Ogos 2028.

Tarikh tersebut adalah enam tahun lebih awal dari tempoh hukuman sepatutnya selain jumlah denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Mohd Puad turut menegaskan apa pun yang berlaku kepada Najib, penyokong parti berkenaan tetap setia bersama beliau.

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau, Najib perlu kembali aktif dalam mengusulkan idea dan kritikan dalam isu ekonomi serta kesejahteraan rakyat kerana yang terkurung hanya fizikal, bukan pemikirannya.

“Buatlah apa sahaja, yang setia tetap bersama. Kifarah tidak akan salah alamat,” ujarnya.

@sinarharianonline Puad Zarkashi dakwa ada pihak tak mahu Najib diberi pengampunan penuh #fyp#SinarHarian#SinarTerkini#Politik#Najib#Pengampunan#UMNO#MKT#PuadZarkashi#PM Pieces (Solo Piano Version) - Danilo Stankovic