JPJ 'sauk' 230 pesalah jalan raya

Anggota JPJ Negeri Selangor melakukan pemeriksaan dokumen ke atas pengguna jalan raya dalam satu operasi di Plaza Tol Kemuning, Shah Alam, Selangor pada malam Rabu.
Foto: JPJ
Anggota JPJ Negeri Selangor melakukan pemeriksaan dokumen ke atas pengguna jalan raya dalam satu operasi di Plaza Tol Kemuning, Shah Alam, Selangor pada malam Rabu. Foto: JPJ
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 1,381 kenderaan diperiksa dalam satu operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor pada malam Rabu.

Pengarah JPJ Negeri Selangor, Azrin Borhan berkata, operasi yang dijalankan di Plaza Tol Kemuning menghala ke Shah Alam itu bermula jam 8 malam hingga 11.59 malam.

Menurutnya, daripada jumlah kenderaan yang diperiksa itu, sebanyak 230 buah telah dikenakan tindakan melibatkan pelbagai kesalahan jalan raya.

Anggota JPJ Negeri Selangor melakukan pemeriksaan dokumen ke atas pengguna jalan raya dalam satu operasi di Plaza Tol Kemuning, Shah Alam, Selangor pada malam Rabu.
Foto: JPJ
Anggota JPJ Negeri Selangor melakukan pemeriksaan dokumen ke atas pengguna jalan raya dalam satu operasi di Plaza Tol Kemuning, Shah Alam, Selangor pada malam Rabu. Foto: JPJ

"Kereta adalah kenderaan paling banyak diperiksa iaitu sebanyak 598 buah dan diikuti lori (394), motosikal 357 serta bas (32).

"Sejumlah 590 notis telah dikeluarkan oleh pihak JPJ dalam operasi bersepadu ini, manakala notis daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebanyak 23," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Azrin berkata, pemandu lori yang melakukan kesalahan memandu tanpa lesen memandu (CDL) adalah paling banyak dikesan dalam operasi tersebut iaitu sebanyak 144 kes.

Beliau berkata, kesalahan kedua tertinggi adalah lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh sebanyak 133 kes dan diikuti tiada insurans sebanyak 89.

Artikel Berkaitan:

Penunggang motosikal memegang plakad aplikasi MyJPJ sebagai sokongan menggunakan perkhidmatan digital dalam satu operasi di Plaza Tol Kemuning, Shah Alam, Selangor pada malam Rabu. - Foto: JPJ
Penunggang motosikal memegang plakad aplikasi MyJPJ sebagai sokongan menggunakan perkhidmatan digital dalam satu operasi di Plaza Tol Kemuning, Shah Alam, Selangor pada malam Rabu. - Foto: JPJ

Selain itu, tambahnya, sebanyak 23 buah kenderaan dikenakan notis penahanan kerana pelbagai kesalahan berat dilakukan.

"Sebanyak 25 notis dikenakan untuk arah periksa dan 25 notis lagi dikeluarkan bagi larangan penggunaan kenderaan dilakukan oleh JPJ pada operasi tersebut," ujarnya.