Sekolah digalak anjur majlis graduasi sederhana namun meriah - Fadhlina

Fadhlina
Fadhlina
A
A
A

KAJANG - Kementerian Pendidikan (KPM) menggalakkan majlis graduasi sekolah diadakan secara sederhana, namun meriah dan penuh penghargaan bagi meraikan semua pelajar.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata bagaimanapun, perbincangan dengan ibu bapa serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah masing-masing adalah asas kepada majlis graduasi.

"Jadi, perbincangan dan konsultasi dengan PIBG sangat penting dan kena selesaikan di peringkat sekolah.

"Kalau ada bantahan, kena diambil pandangan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Tahun Baru Cina dan Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan 2024 di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Yu Hua di sini, pada Jumaat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu hangat yang sedang dibincang di media sosial mengenai rungutan ibu bapa berhubung majlis graduasi murid anjuran sekolah di hotel-hotel mewah, dan ada yang menganggap ia sebagai membebankan.

Pada masa sama, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka pada Selasa dilaporkan akan mengeluarkan satu surat arahan mengenai panduan bagi penganjuran majlis graduasi pelajar di peringkat sekolah, sebagai langkah bagi mengelakkan ibu bapa terbeban dengan penganjuran malis itu.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: