Pemandu kereta pekak, gila halang ambulans

Gambar tular tular pemandu kereta tidak mahu beri laluan kepada ambulans yang sedang membawa pesakit di Bintulu, Sarawak.
Gambar tular tular pemandu kereta tidak mahu beri laluan kepada ambulans yang sedang membawa pesakit di Bintulu, Sarawak.
A
A
A

SEMALAM tular lagi satu kes pemandu kereta tak mahu beri laluan kepada ambulans yang sedang membawa pesakit. Kali ini berlaku di Bintulu, Sarawak

Kes ini mendapat banyak komen netizen di media sosial. Polis sudah pun mengesan pemandu kereta tersebut iaitu seorang lelaki warga emas berusia 75 tahun.

Bila disiasat, rupa-rupanya pemandu itu OKU pekak dan alat bantuan pendengarannya tak berfungsi dengan baik. Pun begitu, dia tetap disaman.

Minggu lepas, di Kuala Lumpur, seorang pemandu wanita juga tular kerana tak beri laluan kepada ambulans. Bila diberkas, alasan diberikan ialah mengalami masalah mental.

Dalam kedua-dua kes ini, timbul dua persoalan; ramai yang tak peka untuk beri laluan kepada ambulans dan isu kesihatan pemandu kereta.

Merak Jalanan hairan, kenapa orang yang mempunyai masalah mental dan kecacatan fizikal kronik boleh bebas memandu di atas jalan raya. Memang berbahaya, bukan hanya pada diri sendiri malah pengguna jalan raya lain.

Justeru, sudah sampai masanya pihak berkuasa seperti Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengkaji semula isu kelayakan memandu kepada mereka yang menghadapi masalah kesihatan kronik dan warga emas berusia 65 tahun ke atas.

Malah, Kementerian Kesihatan dalam satu hantaran di Facebook pada tahun 2022 menasihatkan warga emas yang selalu memandu kenderaan untuk membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Artikel Berkaitan:

Menurut hantaran itu, kemerosotan fungsi sistem motor, visual dan kognitif pada pemandu warga emas boleh memberi kesan terhadap kebolehan memandu.

Merak Jalanan bukanlah anti pemandu OKU atau warga emas, tetapi jika keadaan fizikal mereka tak mengizinkan untuk mengendalikan kenderaan sehingga boleh mengundang kemalangan, sebaiknya cegah dahulu sebelum perkara buruk berlaku.