Wartawan ditipu main judi kena pukul, kurung

Seorang wartawan bukan hanya ditipu, tapi dikurung selepas terperangkap dengan tawaran untuk bermain di kasino di Genting Highlands. Gambar hiasan. Gambar kecil: Mohd Zaid
Seorang wartawan bukan hanya ditipu, tapi dikurung selepas terperangkap dengan tawaran untuk bermain di kasino di Genting Highlands. Gambar hiasan. Gambar kecil: Mohd Zaid
A
A
A

KAJANG - Seorang wartawan China bukan hanya ditipu, tapi dikurung selepas terperangkap dengan tawaran untuk bermain di kasino di Genting Highlands, Pahang, Disember tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, mangsa lelaki berusia 40 tahun telah ditawarkan cip tunai RM100,000 oleh tiga lelaki semasa berada di sebuah pusat peranginan di kawasan terbabit.

Katanya, mangsa yang setuju dengan tawaran itu bagaimanapun telah kalah dalam pertaruhan sebelum membuat pembayaran semula hampir RM200,000 apabila diminta oleh kumpulan lelaki terbabit.

"Selepas kejadian itu, mangsa diminta untuk pindahkan RM150,000 lagi namun dia enggan kerana mengesyaki telah ditipu.

"Kemudian, pada 31 Disember, mangsa telah dijemput suspek untuk pergi makan malam, namun telah dibawa ke satu kebun durian yang terletak tidak jauh dari Genting Highlands sebelum mangsa dipukul dan barang peribadinya diambil," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, mangsa terus dibawa ke kawasan perumahan di sekitar Kajang lalu dikurung, diikat dan dipukul oleh beberapa lelaki.

Tambah Mohd Zaid, mangsa bagaimanapun berjaya melepaskan diri kira-kira jam 2.30 pagi, pada 2 Januari lalu sebelum mendapatkan bantuan awam dan membuat laporan polis.

Susulan itu, bertindak hasil maklumat, kira-kira jam 11 malam, pada Rabu, sepasukan Cawangan D9 Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang bertindak menahan tiga lelaki berusia 32 hingga 53 tahun.

Artikel Berkaitan:

"Polis telah merampas sebuah kenderaan dan tiga telefon bimbit selain ketiga-tiga suspek mengaku terlibat dalam kes ini serta ada meminta wang daripada mangsa.

"Kesemua suspek kini direman lima hari sehingga 5 Februari untuk siasatan di bawah Seksyen 395/342 Kanun Keseksaan," ujarnya.