Moto GP 2024 di Argentina dibatalkan akibat krisis ekonomi

No Image Caption
A
A
A

MOTO GP Argentina 2024 terpaksa dibatalkan berikutan krisis ekonomi yang melanda negara itu, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Moto GP pada Rabu.

"FIM, IRTA dan Dorna Sports mengesahkan pembatalan GP Argentina 2024.

"Disebabkan keadaan semasa di Argentina, penganjur acara itu telah memaklumkan bahawa pada masa ini pihaknya tidak dapat menjamin mampu menyediakan perkhidmatan yang diperlukan mengikut standard Moto GP untuk menganjurkan Grand Prix 2024," menurut kenyataan itu.

Perlumbaan itu dijadualkan berlangsung pada 7 April di bandar Termas de Rio Hondo di utara Argentina.

"...MotoGP berharap dapat kembali berlumba di Termas de Rio Hondo pada 2025," menurut kenyataan itu.

Minggu lalu, ribuan pekerja di Argentina melancarkan mogok umum di Buenos Aires dan wilayah lain di negara itu untuk membantah pembaharuan ekonomi yang diperkenalkan oleh Presiden Javier Milei.

Menurut data yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa perangkaan negeri INDEC pada Januari, inflasi tahunan Argentina melonjak kepada 211.4 peratus pada 2023. - Bernama

Artikel Berkaitan: