Padah simpan video lucah

Seramai enam wanita menutup muka masing-masing menggunakan selendang, dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Rabu, bagi menghadapi pertuduhan memiliki video lucah.
Seramai enam wanita menutup muka masing-masing menggunakan selendang, dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Rabu, bagi menghadapi pertuduhan memiliki video lucah.
A
A
A

SHAH ALAM - Isu ketagihan pornografi dalam kalangan masyarakat tanpa mengira jantina mahupun peringkat umur dilihat semakin menjadi-jadi di negara ini.

Lebih membimbangkan, gambar dan video lucah itu boleh diakses dengan mudah di media sosial dan dimuat turun untuk disimpan di dalam telefon sekali gus dijadikan koleksi peribadi.

Persoalannya, adakah kita sedar bahawa perbuatan menyimpan sebarang bentuk video lucah merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang?

Pada Selasa, seramai empat wanita yang dikaitkan dengan iklan video intim seorang lelaki dikenali ‘Hot Daddy’, didenda antara RM2,500 hingga RM4,800 oleh tiga Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Rabu, masing-masing atas satu pertuduhan memiliki video lucah.

Mereka ialah penganggur, Nurnabilah Ayuni Hanafi, 22, dan pemandu pelancong, Amira Natasha Mohammad, 26, masing-masing didenda RM3,000; penuntut universiti, Nur A’liaa Muhamad Rosly, 22 (RM4,800) serta eksekutif pemasaran, Farah Adila Hanum Khairuddin, 36 (RM2,500).

Semua tertuduh dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah, atas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Atiqah Mohamed@Mohamad Saim, Noorelynna Hanim Abd Halim dan Illi Marisqa Khalizan.

Mahkamah memerintahkan semua tertuduh dipenjara antara satu hingga enam bulan, jika gagal membayar denda terbabit.

Memetik sebuah portal, pakar kriminologi, Datuk Shahul Hamid Abd Rahim berkata, masyarakat mungkin terlupa penyimpanan sebarang bentuk video lucah merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang.

Artikel Berkaitan:

"Masyarakat lupa atau tidak tahu ada undang-undang yang demikian, mereka ingat ia bentuk hiburan, tetapi ada undang-undang dikenakan ke atas sesiapa yang menyimpan video lucah ini.

"Penyimpanan itu bukan di dalam telefon sahaja tetapi apa-apa juga yang digunakan untuk menyimpan bahan lucah ini, ia adalah satu kesalahan," katanya.

Beliau turut menyarankan agar Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) melihat semula peranan, dan undang-undang yang ada.

"Ia perlu dipinda untuk menjelaskan sebarang video lucah yang disimpan di dalam telefon juga boleh dikenakan tindakan, kena uar-uarkan kepada masyarakat," ujarnya.