Kabinet dimaklumkan isu pengampunan Najib - Saifuddin

Saifuddin. Foto Bernama
Saifuddin. Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberitahu bahawa Kabinet ada dimaklumkan sepintas lalu mengenai pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, perkara tersebut dimaklumkan ketika Mesyuarat Kabinet pada Rabu.

"(Kabinet) dimaklumkan sepintas lalu, tapi bukan bidang kuasa Kabinet untuk (umum).

"Kita faham ini bawah (Lembaga Pengampunan) sebab pengampunan ini seperti dalam perlembagaan, ia jelas di bawah bidang kuasa siapa, keanggotaannya bagaimana.

"Jadi kita bincang (mengenai keputusan pengampunan Najib) tapi kita faham ini di bawah bidang kuasa (Lembaga) Pengampunan itu sendiri," katanya pada Sidang Media Khas di Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita sama ada mesyuarat Kabinet membincangkan mengenai keputusan Lembaga Pengampunan berhubung pengampunan Najib, susulan wujudnya desas-desus berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, sebelum ini juga dipetik berkata, "Tunggu kenyataan rasmi daripada Lembaga Pengampunan,".

Dalam pada itu, ditanya adakah keputusan berkenaan akan diumumkan, Saifuddin bagaimanapun menegaskan ia bukan bidang kuasanya.

Artikel Berkaitan:

"Oleh kerana bukan bidang kuasa kita, saya tak boleh jawab bagi pihak Lembaga Pengampunan," katanya.

Najib kini menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas didapati bersalah atas satu pertuduhan salah guna kuasa berhubung pinjaman Kumpulan Wang Persaraan Inc (KWAP) RM4 bilion kepada SRC International Sdn Bhd (SRC), serta tiga pertuduhan setiap satu pelanggaran jenayah kepercayaan dan salah guna kuasa berkenaan dengan RM42 juta dana SRC.

@sinarharianonline

Kabinet dimaklumkan isu pengampunan Najib - Saifuddin #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Menteri #KDN #Saifuddin #Najib #Pengampunan #Najib #Kabinet #PM #Mesyuarat #Isu

Blinding Lights - Instrumental - Lostlt