Jet pejuang AS terhempas di Korea Selatan

Jet pejuang F-16 milik AS terhempas selepas mengalami kecemasan dalam penerbangan ketika menjalankan tugasan rutin berhampiran Pulau Mokdeok. - Agensi
Jet pejuang F-16 milik AS terhempas selepas mengalami kecemasan dalam penerbangan ketika menjalankan tugasan rutin berhampiran Pulau Mokdeok. - Agensi
A
A
A

SEOUL - Sebuah jet pejuang F-16 milik Amerika Syarikat (AS) terhempas di Laut Barat, Korea Selatan pada Rabu.

Tentera AS menerusi Komander Sayap Pejuang Ke-8, Kolonel Matthew C Gaetke berkata, pesawat itu mengalami kecemasan dalam penerbangan ketika menjalankan tugasan rutin berhampiran Pulau Mokdeok.

"Sebuah F-16 Fighting Falcon mengalami kecemasan dalam penerbangan di Laut Barat dan terhempas kira-kira 8.41 pagi waktu tempatan hari ini (Rabu).

"Juruterbang selamat dikeluarkan dan ditemui sekitar jam 9.30 pagi. Dia dalam keadaan sedar dan dibawa ke kemudahan perubatan untuk pemeriksaan," katanya dalam kenyataan.

Kenyataan itu turut memuji kerjasama erat antara AS dan Korea Selatan ketika operasi menyelamat dijalankan.

"Kami sangat berterima kasih kepada pasukan penyelamat Korea Selatan. Kini kami mengalihkan tumpuan kepada mencari dan mendapatkan semula pesawat (terhempas) itu," tambah kenyataan itu.

Insiden terbaharu itu adalah nahas ketiga melibatkan jet pejuang F-16 milik AS di Korea Selatan sejak Mei tahun lalu.

Washington adalah sekutu keselamatan paling penting bagi Seoul yang menempatkan kira-kira 28,500 tentera di Korea Selatan untuk membantu melindunginya daripada ancaman Korea Utara. - AFP

Artikel Berkaitan: