Senator AS minta pentadbiran Biden kembalikan pembiayaan UNRWA

Mangsa yang terbunuh dalam konflik Hamas-Israel dikebumikan di bandar Rafah di selatan Semenanjung Gaza
Mangsa yang terbunuh dalam konflik Hamas-Israel dikebumikan di bandar Rafah di selatan Semenanjung Gaza
A
A
A

TEHERAN - Senator Amerika Syarikat (AS), Bernie Sanders meminta pentadbiran Presiden Joe Biden mengembalikan pembiayaan kepada Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA), lapor Agensi Berita Iran (IRNA) memetik laporan media.

Menurut laporan Al Jazeera pada Selasa malam, Senator itu berkata, lebih sejuta penduduk di Gaza berisiko mengalami kebuluran dan Amerika Syarikat serta negara-negara lain sepatutnya tidak membiarkan mereka menderita kerana tindakan segelintir individu yang didakwa.

Sanders turut mengkritik dasar kerajaan AS terhadap ‘perang genosid’ Israel yang sedang berlaku di Gaza.

"Kita sama sekali tidak boleh mengabaikan krisis kemanusiaan yang sangat dahsyat yang sedang berlaku di Semenanjung Gaza," kata senator itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: