Penghantar makanan maut, dua motosikal bertembung

Seorang penghantar makanan p-hailing maut selepas motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah motosikal lain dari arah bertentangan di Jalan Pajam-Mantin, di sini malam Selasa. Foto ihsan pembaca
Seorang penghantar makanan p-hailing maut selepas motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah motosikal lain dari arah bertentangan di Jalan Pajam-Mantin, di sini malam Selasa. Foto ihsan pembaca
A
A
A

NILAI - Seorang penghantar makanan p-hailing maut selepas motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah motosikal lain dari arah bertentangan di Jalan Pajam-Mantin, di sini malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, dalam kejadian jam 8.45 malam itu, mangsa, Norerizzal Shahrin Mohd Hafizal, 27, menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dari arah Mantin ke Nilai.

"Sebuah lagi motosikal jenis Yamaha LC135 ditunggang lelaki berumur 35 tahun bergerak dari arah bertentangan.

"Namun sejurus tiba di tempat kejadian, kedua-dua motosikal bertembung di tengah-tengah laluan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, mangsa yang cedera parah di kepala disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi penunggang hanya cedera ringan.

"Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar di Seremban untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya.

Artikel Berkaitan: