Aman Central meriahkan sambutan Tahun Baharu Cina

Persembahan kumpulan tarian singa yang memenangi anugerah Hong Teik’ Lion Dance and Dragon Dance Association menanti kedatangan pengunjung.
Persembahan kumpulan tarian singa yang memenangi anugerah Hong Teik’ Lion Dance and Dragon Dance Association menanti kedatangan pengunjung.
A
A
A

ALOR SETAR - Aman Central menyambut kedatangan Tahun Baharu Cina-Tahun Naga yang melambangkan kuasa, kemuliaan, kehormatan, tuah, dan kejayaan dalam budaya tradisional Cina.

Pengurus Kanan Komunikasi Pemasaran Aman Central, Ken Chin berkata, Aman Central mengalu-alukan orang ramai menikmati ganjaran dan tawaran hebat bersama-sama dengan siri persembahan kemakmuran dari 19 Januari hingga 25 Februari depan.

Katanya, tema 'Kemakmuran Untuk Semua' diperkenalkan dengan tiga pentas berperingkat dihiasi kipas lipat klasik Cina Majestic yang berketinggian 4.5 meter di Atrium, Aman Central.

Exco Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India, Siam dan Pertubuhan Bukan Kerajaan Negeri Kedah, Wong Chia Zhen (tengah) memotong riben ketika pelancaran tema Kemakmuran Untuk Semua sempena Tahun Baharu Cina di Aman Central.
Exco Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India, Siam dan Pertubuhan Bukan Kerajaan Negeri Kedah, Wong Chia Zhen (tengah) memotong riben ketika pelancaran tema Kemakmuran Untuk Semua sempena Tahun Baharu Cina di Aman Central.

"Pentas ini dihias sentuhan reka bentuk buluh dan hiasan lain seperti arca Maneki Neko 3D yang besar pada kusyennya.

"Kusyen itu pula dikelilingi oleh Syiling Emas iaitu "Yuan Baos" Emas, Tong Beras Maneki ditempah khas sebagai simbol kekayaan, nasib baik, dan kekayaan sepanjang tahun," katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Menurutnya, pelancaran tema tersebut menjanjikan kegembiraan kepada pembeli dan pengunjung pusat beli-belah yang akan disambut dengan kumpulan tarian singa yang memenangi anugerah Hong Teik’ Lion Dance and Dragon Dance Association.

"Selain itu turut dipersembahkan persembahan 24 Seasons Festive Drums oleh pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Keat Hwa," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, pengunjung juga berpeluang merasai pengalaman berjalan melalui gerbang taman rahsia yang penuh dengan rama-rama dan patung Maneki Neko yang turut dihiasi dengan Syiling Emas dan hiasan 'Yuan Baos' Emas.

"Kami mempamerkan hiasan Tahun Baharu Cina dengan penuh rasa berani dan bersemangat melalui simbolik syiling emas, gantungan tanglung merah yang dipenuhi dengan Cherry Blossom Vines sebagai salah satu sambutan Tahun Baru Cina yang terbesar," katanya.

Hiasan tanglung merah dan Cherry Blossom Vines menyambut pengunjung di Aman Central.
Hiasan tanglung merah dan Cherry Blossom Vines menyambut pengunjung di Aman Central.

Jelasnya, Aman Central menggabungkan semua elemen kuasa, keluhuran, dan kehormatan naga untuk pembeli mendapatkan hasil gambar yang sempurna ketika mereka berswafoto.

"Para pengunjung juga berpeluang menikmati juadah perayaan dan hamper Tahun Baharu Cina, selain hadiah yang semestinya barangan daripada jenama kami yang mengambil bahagian," katanya.

Ken Chin menambah, Aman Central menampilkan pelbagai jenama hebat seperti Naelofar, The Parenthood, Audrey dan MommyHana.

"Kami juga mengalu-alukan lebih banyak jenama seperti Bask Bear Coffee,Banana Bro, Step Health, Sembonia, dan Vans sebagai usaha meningkatkan ekonomi negeri Kedah.

"Jangan lupa untuk bergambar dan memuat naik gambar tersebut di media sosial masing-masing dengan tanda pagar #ACCNY #AmanCentral," katanya.