Cabaran berbeza skuad lelaki, wanita Malaysia di BATC 2024

Zii Jia bakal mengetuai cabaran skuad berpasukan lelaki negara dalam BATC 2024.
Zii Jia bakal mengetuai cabaran skuad berpasukan lelaki negara dalam BATC 2024.
A
A
A

JUARA bertahan Malaysia dijangka tidak berdepan masalah untuk mara ke pusingan seterusnya selepas undian Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 pada Selasa.

Skuad berpasukan lelaki negara diundi dalam Kumpulan B bersama dengan Taiwan, Kazakhstan dan Brunei.

Skuad lelaki negara diperkuatkan dengan pemain perseorangan Lee Zii Jia, Ng Tze Yong, Leong Jun Hao, Eugen Owe.

Beregu lelaki pula Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin, Rumsani dan Choong Hon Jian-Haikal Nazri.

Bagaimanapun bagi acara beregu berpasukan wanita, skuad negara berdepan laluan berliku apabila diundi dalam Kumpulan Y bersama Thailand dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Bagi beregu berpasukan wanita pula cabaran digalas pemain perseorangan Goh Jin Wei, K Letshanaa, Siti Nurshuhaini Azman dan Wong Ling Ching.

Sementara itu beregu berpasukan digalas Pearly Tan-M Thinaah, Go Pei Kee-Low Yeen Yuan dan Teoh Mei Xing-Tan Zhing Yi.

Sebagai rekod, skuad lelaki negara muncul juara buat pertama sejak pengenalan pada 2016 selepas menewaskan Indonesia 3-0 dalam perlawanan akhir edisi 2022 di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC).

Artikel Berkaitan:

INFO

Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2024 Beregu Berpasukan Lelaki

Kumpulan A

- China

- India

- Hong Kong

Kumpulan B

- Malaysia

- Taiwan

- Kazakhstan

- Brunei

Kumpulan C

- Jepun

- Thailand

- Singapura

- Myanmar

Kumpulan D

- Indonesia

- Korea Selatan

- Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi

Beregu Berpasukan Wanita

Kumpulan W

- China

- India

Kumpulan X

- Indonesia

- Hong Kong

- Kazakhstan

Kumpulan Y

- Thailand

- Malaysia

- Emiriah Arab Bersatu

Kumpulan Z

- Jepun

- Taiwan

- Singapura

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!