Ekonomi Malaysia dijangka terus sederhana dalam tempoh terdekat

LANDSKAP ekonomi Malaysia dijangka terus sederhana dalam tempoh terdekat berdasarkan data pada bulan Julai dan Ogos, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
Jabatan itu berkata, ekonomi Malaysia menunjukkan pertumbuhan sederhana dengan berkembang 4.2 peratus pada separuh pertama 2023.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, prestasi itu dipengaruhi oleh pertumbuhan 5.6 peratus pada suku pertama dan 2.9 peratus pada suku kedua.
"Jumlah perdagangan pada Julai 2023 merosot 14.4 peratus daripada RM252.8 bilion pada bulan yang sama tahun lalu kepada RM216.4 bilion. Eksport menyusut 13.1 peratus kepada RM116.8 bilion, manakala import menguncup 15.9 peratus kepada RM99.7 bilion.