Skuad badminton lelaki bermula dengan aksi menghampakan

PENANTIAN peminat badminton tempatan untuk menyaksikan barisan pemain kesayangan turun beraksi pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022, dibalas dengan keputusan mengecewakan di Gimnasium Binjiang di sini, malam Khamis.
Ini selepas Malaysia disingkirkan Korea Selatan dalam acara berpasukan lelaki seawal pusingan pertama, apabila tewas 1-3.
Perseorangan utama, Lee Zii Jia yang menghuni ranking ke-16 dunia memulakan langkah sumbang skuad negara, apabila tewas kepada pemain nombor 47 dunia Jeon Hyeok Jin 14-21, 21-14, 18-21.
Pujian bagaimanapun harus diberikan kepada pasangan beregu Aaron Chia-Soh Wooi Yik, yang mempamerkan kelas tersendiri untuk menjinakkan Seo Seung Jae-Kang Min Hyuk 21-17, 21-9, sekali gus menghadiahkan mata pertama negara.