[VIDEO] Gelagat 'si comel' ceriakan pertandingan pakaian beragam

A
A
A

SUNGAI PETANI - Menangis dan berpatah balik sehingga ada yang terpaksa memperagakan pakaian sambil didukung, antara gelagat mencuit hati kanak-kanak Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Daerah Kuala Muda di sini pada Sabtu.

Situasi itu dapat dilihat ketika peserta pertandingan pakaian beragam sempena Karnival Mesra Orang Kurang Upaya (OKU) dijemput menonjolkan pakaian masing-masing kepada juri sebaik sahaja pertandingan bermula.

Mohammed Taufiq menyantuni pelatih PDK yang menyertai pertandingan pakaian beragam sempena Karnival Mesra OKU di Pantai Merdeka Kedah.
Mohammed Taufiq menyantuni pelatih PDK yang menyertai pertandingan pakaian beragam sempena Karnival Mesra OKU di Pantai Merdeka Kedah.

Bagaimanapun, kebijaksanaan petugas dan waris yang hadir membolehkan pertandingan berlangsung dengan jayanya biarpun terdapat beberapa peserta yang malu sebaik sahaja diminta melalui ruang pentas di hadapan.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, kemeriahan karnival yang julung kali dianjurkan tahun 2024 itu cukup dirasai dengan pengisian menarik disertai golongan OKU menampilkan bakat dan produk yang dihasilkan.

"Saya teruja dengan adik-adik yang menyertai pertandingan 'fashion show' tadi, semuanya comel-comel," katanya ketika merasmikan karnival berkenaan di Pantai Merdeka di sini Sabtu lalu.

Selain itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Kedah, Datuk Zulkhairi Zainol Abidin berkata, usaha murni PDK Kota Kuala Muda, PDK Sungai Petani dan Pusat Khidmat Parlimen Sungai Petani menganjurkan program itu, amatlah dihargai.

Artikel Berkaitan:

Antara yang memeriahkan Karnival Mesra OKU di Pantai Merdeka Kedah.
Antara yang memeriahkan Karnival Mesra OKU di Pantai Merdeka Kedah.

Menurutnya, selain pakaian beragam, karnival disertai lapan buah PDK itu turut menawarkan jualan produk usahawan OKU, demonstrasi memadam kebakaran, demonstrasi menyelamat mangsa lemas dan sukaneka, menarik perhatian ramai.

"Platform ini mampu memperkukuhkan kerjasama antara agensi, badan bukan kerajaan (NGO) dan swasta serta semua pihak melalui sukan, peluang ekonomi, kesihatan dan fungsi sosial bagi kesejahteraan OKU,"katanya.

Antara warga PDK yang hadir menyertai Karnival Mesra OKU.
Antara warga PDK yang hadir menyertai Karnival Mesra OKU.

Dalam masa sama, katanya, penganjuran itu juga bertujuan menyokong kemampanan OKU termasuk dari aspek pendidikan, pembangunan kerjaya, aksesibiliti, hak kesamarataan di samping memperkenalkan PDK kepada masyarakat.

"Secara tidak langsung mampu melahirkan sebuah masyarakat penyayang yang mesra OKU, meningkatkan semangat motivasi sekali gus menyokong usaha kerajaan dalam membangunkan OKU Madani," katanya.

Demonstrasi menyelamat mangsa lemas turut menarik perhatian pengunjung pantai.
Demonstrasi menyelamat mangsa lemas turut menarik perhatian pengunjung pantai.

Gelagat salah seorang peserta Karnival Mesra OKU di Pantai Merdeka, Kedah.
Gelagat salah seorang peserta Karnival Mesra OKU di Pantai Merdeka, Kedah.