'Duhai Pemilik Hati' tampil liku perjuangan, sisi lain 'penyondol'

Rohaida bersama novel ketiganya, Duhai Pemilik Hati ketika ditemui pada Jualan Gudang Karangkraf 2024 di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada Ahad.
Rohaida bersama novel ketiganya, Duhai Pemilik Hati ketika ditemui pada Jualan Gudang Karangkraf 2024 di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - Wanita yang menjadi orang ketiga dalam perkahwinan mudah digelar perampas, malah kerap dipandang serong oleh masyarakat.

Namun penulis novel Duhai Pemilik Hati tampil berani untuk memberi gambaran dan sisi positif terhadap golongan wanita yang dilabel sebagai 'penyondol'.

Rohaida Abdul Rahim atau nama penanya Nadrah Husna menampilkan liku perjuangan Syafikah Hanin yang mahu 'menentang' takdir yang ditetapkan terhadapnya.

"Watak Syafikah dalam novel ini adalah seorang wanita yang terjatuh cinta kepada penyelia kertas projeknya di universiti, sedangkan lelaki itu sudah berkahwin.

"Di sini saya meletakkan bagaimana Syafikah berusaha dan berjuang untuk melawan perasaan itu yang dia sendiri tidak dapat kawal kerana hati itu milik ALLAH SWT dan bagaimana Dia menguji hamba-NYA," katanya kepada Sinar Harian.

Rohaida berkata, setiap bab dalam penceritaan novel itu diselitkan dengan kata-kata daripada alim ulama dan cendekiawan bagi memberi sisi pandang berbeza terhadap wanita yang menempuh takdir kehidupan yang sukar dijangka.

Justeru beliau berharap, pembaca novel ketiga tulisannya itu dapat menilai dan berpandangan terbuka untuk menghayati pengajaran yang diperoleh daripada 'Duhai Pemilik Hati'.

"Kita tidak boleh menilai dengan pandangan benci terhadap orang ketiga kerana ia tidak berlaku kepada diri sendiri.

Artikel Berkaitan:

"Diri, perasaan dan hati kita hak ALLAH cuma bagaimana kita menempuhi setiap ujian itu perlu lebih bijak dan sentiasa bersedia," ujarnya.