'Abang askar' bantu bersih rumah mangsa banjir

Sebahagian anggota ATM membersihkan rumah mangsa banjir yang ditenggelami air di Kampung Felcra Menerong, Hulu Terengganu.
Sebahagian anggota ATM membersihkan rumah mangsa banjir yang ditenggelami air di Kampung Felcra Menerong, Hulu Terengganu.
A
A
A

HULU TERENGGANU - Kesemua mangsa banjir di daerah ini telah pulang ke rumah dan membersihkan kediaman selepas pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir yang menempatkan mereka ditutup jam 2 petang pada Sabtu.

Pegawai Memerintah Batalion Ke-18 RAMD (Para), Leftenan Kolonel Mohd Zaki Jusoh berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut membantu meringankan bebanan mangsa banjir dengan menempatkan seramai 28 anggota bagi membantu kerja-kerja pembersihan pascabanjir di daerah berkenaan.

Menurutnya, anggota yang ditempatkan terdiri daripada dua pegawai dan 26 anggota lain-lain pangkat yang diketuai oleh Kapten Mohd Shahril Usof di Kampung Felcra Menerong di sini.

"Sehingga petang ini (Sabtu), semua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Hulu Terengganu telah ditutup namun pihak ATM yang berada di lokasi akan meneruskan pemantauan dan bantuan.

Anggota ATM membantu meringankan bebanan mangsa banjir yang terjejas setelah kediaman mereka dinaiki air dalam banjir gelombang keempat di Terengganu sejak 23 Januari lalu.
Anggota ATM membantu meringankan bebanan mangsa banjir yang terjejas setelah kediaman mereka dinaiki air dalam banjir gelombang keempat di Terengganu sejak 23 Januari lalu.

"Anggota yang terlibat dengan tugas-tugas pembersihan ini diberikan sektor kawasan dan rumah yang perlu dibantu semasa melaksanakan misi pascabanjir sehingga selesai," katanya.

Sementara itu, menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, banjir di negeri itu semakin pulih apabila kesemua mangsa di tiga daerah iaitu Besut, Kemaman dan Setiu telah pulang ke rumah.

Setakat ini, hanya daerah Dungun terjejas banjir dengan seramai 1,300 mangsa daripada 386 keluarga masih ditempatkan di 12 buah PPS di daerah itu sehingga jam 4 petang pada Sabtu.

Artikel Berkaitan: