Bas bawa 64 sukarelawan bersih rumah mangsa banjir terbabas

Keadaan bas yang membawa seramai 64 sukarelawan terbalik di Kampung Jongok Batu, di Hulu Dungun,
Keadaan bas yang membawa seramai 64 sukarelawan terbalik di Kampung Jongok Batu, di Hulu Dungun,
A
A
A

DUNGUN - Sebuah bas yang membawa seramai 64 sukarelawan bagi membantu kerja-kerja pembersihan pascabanjir di kawasan terjejas akibat bencana di Hulu Dungun di sini terbabas dalam insiden di Kampung Jongok Batu, di sini pada Isnin.

Ketika kejadian, bas yang membawa pelajar dari Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Dato' Razali Ismail, Batu Rakit, Kuala Nerus itu dalam perjalanan ke Kampung Pasir Raja, Hulu Dungun, kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, kejadian tersebut bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

"Saya difahamkan selepas menggunakan Waze (aplikasi pandu arah), pemandu bas itu menggunakan jalan alternatif yang agak sempit dan biasanya hanya digunakan oleh orang kampung untuk ke kawasan ladang.

"Bas berkenaan tiba-tiba hilang kawalan kerana laluan tersebut licin, tambahan pula jalan itu agak berlumpur kerana dinaiki air menyebabkan ia terbabas ke bahu jalan dan nyaris terbalik," katanya ketika dihubungi pemberita di sini, pada Isnin.

Bas yang membawa sukarelawan bagi kerja-kerja pembersihan pascabanjir di kawasan Hulu Dungun terbabas pada tengah hari Isnin.
Bas yang membawa sukarelawan bagi kerja-kerja pembersihan pascabanjir di kawasan Hulu Dungun terbabas pada tengah hari Isnin.

Sebelum itu, Ghazali turut berkongsi maklumat mengenai insiden yang menimpa sukarelawan itu menerusi laman sosialnya.

Menurutnya, kumpulan sukarelawan itu telah berada di kawasan Hulu Dungun sejak semalam (Ahad) bagi membantu kerja-kerja pascabanjir.

Artikel Berkaitan:

"Kita bersyukur kerana semua pemandu dan penumpang bas berkenaan selamat dan penumpang bas terpaksa keluar melalui pintu kecemasan dan pintu pemandu," ujarnya.

Kesemua penumpang dan pemandu bas yang dalam perjalanan membersihkan rumah mangsa banjir terselamat.
Kesemua penumpang dan pemandu bas yang dalam perjalanan membersihkan rumah mangsa banjir terselamat.