'Maszlee lakukan pelbagai reformasi dalam sistem pendidikan'

Dzulkefly memuat naik status mengenai Maszlee di Facebooknya hari ini.
Dzulkefly memuat naik status mengenai Maszlee di Facebooknya hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM – Dr Maszlee Malik berjaya melakukan pelbagai reformasi dan penambahbaikan dalam sistem pendidikan negara dalam tempoh singkat, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Menurutnya, bagaimanapun keadaan jauh lebih rumit dan mencabar apabila tugasan Kementerian Pendidikan (KPM) seringkali terjebak dalam menangani isu-isu yang saling 'bersilang tuntutan' dan kepentingan melibatkan kaum, agama dan budaya.

“Contoh polemik mutakhir adalah tulisan jawi dan juga isu pengiktirafan terhadap UEC. Semacam tidak berkesudahan, isu-isu ini sekali gus meninggalkan impak negatif terhadap kerajaan baharu Pakatan Harapan,” katanya dalam status Facebooknya hari ini.

Dalam status berkenaan, Dzulkefly turut memuat naik sekeping gambar bersama Maszlee dan memberitahu pengunduran bekas Menteri Pendidikan itu daripada jawatannya dibuat tanpa menyalahkan mana-mana pihak atau dendam terhadap sesiapa.

“YB Dr Maszlee Malik pastinya punya kesilapan-kelemahan seperti juga kami semua yang lain dalam Ahli Jemaah Menteri, namun hakikat yang tidak mampu disangkal, dalam tempoh 20 bulan memimpin KPM, tiada seorang pun pemimpin sebelum Dr Maszlee berjaya lakukan pelbagai reformasi dan penambahbaikan yang beliau capai termasuk memperbaiki sekolah-sekolah daif di seluruh negara,” katanya.

Dzulkefly bersama Maszlee.
Dzulkefly bersama Maszlee.

Artikel Berkaitan: