Luas lakukan siasatan menyeluruh pencemaran Sungai Gong


Perangkap minyak diletakkan di aliran Sungai Gong bagi memerangkap aliran kesan minyak.
Perangkap minyak diletakkan di aliran Sungai Gong bagi memerangkap aliran kesan minyak.
A
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Urus Air Selangor (Luas) mengaktifkan siasatan menyeluruh dan mitigasi selepas menemui kesan dan bau seakan minyak di Sungai Gong, Rawang bagi mengelak sumber air itu tercemar.

Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar, Jamaliah Jamaluddin berkata, Luas meletakkan satu unit perangkap minyak di aliran Sungai Gong bagi memerangkap aliran kesan minyak berikutan jarak lokasi penemuan bau ke loji rawatan air (LRA) terhampir ialah LRA Rantau Panjang iaitu hanya 16.1 kilometer.

Jelasnya, kejadian disyaki berpunca daripada sebuah premis penyelenggaraan jentera di kawasan perindustrian Rawang berdasarkan semakan dan pensampelan di titik akhir pelepasan serta kawasan premis terbabit.

“Lebih kurang 12 tangki minyak diesel berkapasiti 17,000 liter setiap satu juga ditemui dan digunakan untuk mengisi tangki minyak lori yang berada di premis dan premis berkenaan diarahkan menghentikan aliran berkaitan dan melakukan pembersihan serta merta selain Luas meletakkan tambahan dua lagi unit perangkap minyak di aliran Sungai Gong.

Kenyataan Jamilah pada Jumaat.
Kenyataan Jamilah pada Jumaat.

“Sejumlah 30 unit alas minyak (oil pad) dan 375 kg activated carbon (AC) turut diletakkan di titik akhir pelepasan (longkang) serta aliran Sungai Gong bagi memastikan aliran tercemar kesan minyak dapat diperangkap daripada mengalir ke hilir dan dapat dinyahbau,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Pada Khamis, Luas mengaktifkan kod kuning di Sungai Gong berikutan penemuan kesan dan bau seakan diesel di sungai terbabit.

Dalam pada itu, Jamaliah bagaimanapun berkata, bacaan bau satu ton masih dikesan Air Selangor di muka sauk LRA Rantau Panjang pada 10.30 malam pada Khamis dari aliran pencemaran yang terlepas sebelum kawalan diaktifkan.

Artikel Berkaitan:


Luas melakukan siasatan menyeluruh dan mitigasi selepas menemui kesan dan bau seakan minyak di Sungai Gong.
Luas melakukan siasatan menyeluruh dan mitigasi selepas menemui kesan dan bau seakan minyak di Sungai Gong.

Jelasnya, Luas kemudiannya segera mengaktifkan pengepaman air mentah daripada kolam sumber air alternatif KL Larut dan Hang Tuah untuk meningkatkan kadar pencairan air sungai selain menyelaraskan pembukaan pintu baraj sungai bagi mempercepat aliran tercemar melepasi kawasan muka sauk loji.

“Tindakan itu berjaya memastikan tiada risiko penutupan LRA utama Selangor iaitu SSP1, SSP2 dan SSP3 yang berhampiran dengan LRA Rantau Panjang dan tiada gangguan bekalan air dilaporkan Air Selangor.

“Luas membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 79(1) Enakmen Luas 1999 bagi tindakan lanjut penguatkuasaan terhadap pihak terlibat dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) akan mengambil tindakan berkaitan di bawah bidang kuasa masing-masing di premis tersebut,” katanya.