Air Selangor, Pandai jalin kerjasama bantu calon SPM B40

Ir Abas (lima dari kiri, di hadapan ) bersama sebahagian tetamu yang hadir pada program yang dianjurkan oleh Air Selangor dan Pandai.
Ir Abas (lima dari kiri, di hadapan ) bersama sebahagian tetamu yang hadir pada program yang dianjurkan oleh Air Selangor dan Pandai.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR), Sesama Mara bekerjasama dengan Pandai Education Sdn Bhd (Pandai) untuk membantu pelajar golongan B40 mendapat akses kepada bahan pendidikan digital bagi menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Air Selangor dalam satu kenyataan berkata, inisiatif itu merupakan lanjutan daripada usaha ‘Memperkasakan Pembelajaran Dalam Talian’ yang diperkenalkan pada tahun 2020 bagi membantu anak-anak daripada golongan B40 meneruskan pembelajaran mereka dalam situasi pandemik Covid-19.

“Kerjasama kali ini bertujuan untuk menyediakan kursus pendidikan yang interaktif, mampan dan lestari, menerusi aplikasi Pandai Premium, bagi membolehkan calon-calon SPM golongan B40 kekal cemerlang dan terus diberikan perhatian dalam menerima pembelajaran berkualiti,” katanya pada Isnin.

Sementara itu, pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Ir Abas Abdullah berkata, Air Selangor berharap menerusi bantuan pembelajaran aplikasi Pandai Premium itu, pembelajaran menjadi lebih menarik dan memberikan pelajar semangat untuk belajar dan lebih bersedia menghadapi peperiksaan SPM.

Ir Abas (tiga dari kiri) menyerahkan sumbangan Pandai Premium kepada 70 pelajar SPM anak-anak wargakerja Air Selangor dalam satu majlis, baru-baru ini.
Ir Abas (tiga dari kiri) menyerahkan sumbangan Pandai Premium kepada 70 pelajar SPM anak-anak wargakerja Air Selangor dalam satu majlis, baru-baru ini.

“Kerjasama antara Air Selangor dan Pandai ini melibatkan sumbangan langganan aplikasi Pandai Premium untuk 70 pelajar daripada kalangan anak-anak warga kerja Air Selangor, 50 pelajar di bawah Yayasan Wilayah Persekutuan dan 55 pelajar di Kampung Batu 3, Semenyih,” katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau berkata, keseluruhannya seramai 175 pelajar daripada keluarga B40 yang akan menduduki peperiksaan SPM 2023 telah terpilih untuk mendapat akses kepada Pandai Premium.

Seorang pelajar menggunakan kemudahan alat pembelajaran yang interaktif yang direka khas oleh Pandai.
Seorang pelajar menggunakan kemudahan alat pembelajaran yang interaktif yang direka khas oleh Pandai.

Artikel Berkaitan:

“Kerjasama dengan Pandai merupakan satu langkah penting dalam memperkasakan pembelajaran dalam talian bagi pelajar-pelajar SPM dari golongan B40. Kami berharap melalui akses kepada aplikasi Pandai Premium, mereka dapat memperoleh manfaat yang besar dalam meningkatkan pencapaian akademik mereka,” tambah Abas.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pandai Education Sdn Bhd, Khairul Anwar Mohamad Zaki berkata, Pandai direka khas untuk membantu pelajar meningkatkan prestasi mereka melalui pelbagai alat pembelajaran yang interaktif.

Sebahagian pelajar yang mengikuti program CSR yang boleh mengakses bahan pendidikan digital yang disediakan oleh Pandai.
Sebahagian pelajar yang mengikuti program CSR yang boleh mengakses bahan pendidikan digital yang disediakan oleh Pandai.

“Kami gembira dapat bersama-sama menyumbang kepada inisiatif ini bagi membantu lebih ramai golongan yang memerlukan melalui kolaborasi ini,” jelasnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Sesama Mara, sila layari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com/sesamamara/.