Mokhzani Mahathir pula ke SPRM

Mokhzani. Foto Bernama
Mokhzani. Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Ahli perniagaan, Tan Sri Mokhzani Mahathir hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada Jumaat, bagi membantu siasatan kes membabitkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Difahamkan, Mokhzani hadir di Putrajaya kira-kira jam 11 pagi untuk siasatan di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Kehadiran Mokhzani itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

“Ya, saya sahkan. Beliau hadir pagi tadi,” katanya pada Jumaat.

Difahamkan, keterangan ahli perniagaan itu diambil selepas abangnya, Mirzan Mahathir hadir di SPRM pada 17 Januari lalu.

Siasatan dilakukan SPRM terhadap Mokhzani dipercayai mempunyai kaitan pegangan saham beliau dalam syarikat GLC mendapatkan projek kerajaan.

Syarikat GLC itu dikatakan turut memenangi lesen fabrikasi struktur cari gali sebuah syarikat gergasi petroleum negara yang ketika itu bapanya merupakan Perdana Menteri.

SPRM dalam kenyataan pada 18 Januari lalu memaklumkan satu perintah notis telah disampaikan SPRM kepada Mirzan untuk melakukan pengisytiharan aset miliknya dalam tempoh 30 hari.

Artikel Berkaitan:

Perintah itu adalah tindakan lanjutan daripada siasatan SPRM berhubung maklumat dalam laporan Kertas Panama serta aktiviti perniagaannya yang membabitkan penjualan dan pembelian syarikat GLC.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!