Rangka lelaki hanyut dalam parit ladang sawit

Pencarian turut menemui motosikal dipercayai milik mangsa dekat lokasi kejadian. Satu rangka lelaki ditemukan dalam parit dekat ladang sawit di Sungai Petani Kedah. Foto: JBPM
Pencarian turut menemui motosikal dipercayai milik mangsa dekat lokasi kejadian. Satu rangka lelaki ditemukan dalam parit dekat ladang sawit di Sungai Petani Kedah. Foto: JBPM
A
A
A

SUNGAI PETANI - Satu rangka lelaki ditemukan dalam parit dekat ladang kelapa sawit dekat sini pada jam lebih kurang 6.27 petang Khamis.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari talian Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Amanjaya memaklumkan bantuan mengambil mayat di lokasi kejadian.

Menurutnya, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kedah telah mengarahkan BBP Amanjaya untuk tindakan selanjutnya.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, terdapat rangka dipercayai lelaki dikesan dalam parit dekat ladang sawit terbabit.

"Bagaimanapun, operasi mengambilnya sukar berikutan keadaan hujan lebat yang menyebabkan rangka berkenaan hanyut dalam arus deras," katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, susulan itu, pencarian dibuat di permukaan air dan darat.

Pada masa sama, PGO telah mengarahkan bantuan dari BBP Sungai Petani bagi menghantar Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dan pencahayaan.

Pada jam 10.12 malam, satu rangka motosikal dan serpihan tulang dipercayai milik mangsa telah dijumpai ketika rondaan dibuat di sekitar lokasi kejadian.

Artikel Berkaitan:

"Lelaki itu kemungkinan berusia 50-an dan dikatakan telah meninggal dunia dalam parit berkenaan sebelum dihanyutkan arus.

"Pasukan bomba memohon bantuan polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.