Pemuda hilang tiga hari ditemukan mati dalam parit

BATU PAHAT - Seorang pemuda yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu ditemui dalam keadaan terapung di dalam parit sempadan darat, Kampung Parit Lapis Sempadan, Parit Raja di sini pada pagi Ahad.
Mayat dipercayai Muhammad Nazrul Aziz, 20, ditemukan oleh penduduk kampung bersama motosikalnya kira-kira jam 11.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner, Ismail Dollah berkata, mayat mangsa ditemukan dengan keadaan lengkap berpakaian.
"Sepasukan anggota bomba dan penyelamat diketuai Ketua Balai Bomba Ayer Hitam, Mohd Shamin Mohd Salikin membantu mengeluarkan mayat mangsa dan motosikalnya.