Pencuri kayu diburu!

52 kayu siap dipotong ditemui di kaki Gunung Kerunai oleh pasukan UTK Pejabat Hutan Daerah Hulu Perak yang dipercayai dicuri. - Foto Jabatan Perhutanan Perak
52 kayu siap dipotong ditemui di kaki Gunung Kerunai oleh pasukan UTK Pejabat Hutan Daerah Hulu Perak yang dipercayai dicuri. - Foto Jabatan Perhutanan Perak
A
A
A

IPOH - Jabatan Perhutanan Perak mengesan cubaan mencuri hasil hutan di di kaki Gunung Kerunai, Mukim Kerunai, Gerik.

Menerusi satu kenyataan media, Unit Tindakan Khas (UTK), Pejabat Hutan Hulu Perak telah menyemak dan membuat risikan di kawasan yang disyaki berlaku aktiviti pengambilan hasil hutan tersebut dn mengesan tebangan pokok yang disyaki dijalankan di atas tanah kerajaan.

"Pasukan UTK telah menemui beberapa longgokan kayu sedia di tanah kerajaan tersebut dan sebahagian longgokan kayu yang sedia untuk dipindahkan.

"Kawasan ini juga didapati berhampiran dengan kawasan takungan air kepada penduduk Kampung Tanjung Kekabu, Gerik," kata kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, tiada sebarang tangkapan dibuat ketika pemeriksaan dibuat di lokasi.

52 kayu siap dipotong ditemui di kaki Gunung Kerunai oleh pasukan UTK Pejabat Hutan Daerah Hulu Perak yang dipercayai dicuri.- Foto Jabatan Perhutanan Perak
52 kayu siap dipotong ditemui di kaki Gunung Kerunai oleh pasukan UTK Pejabat Hutan Daerah Hulu Perak yang dipercayai dicuri.- Foto Jabatan Perhutanan Perak

Menurut kenyataan itu, sebanyak 52 kayu yang telah siap dipotong disita dan dibawa ke stor rampasan Pejabat Hutan Daerah Hulu Perak untuk tindakan selanjutnya oleh pihak Jabatan Perhutanan Perak.

"Jabatan Perhutanan Perak akan menyiasat dan menangkap suspek-suspek yang disyaki terlibat dalam sindiket ini kerana telah mencuri hasil hutan negara.

"Sehubungan itu, satu laporan Polis telah dibuat di Balai Polis Gerik berhubung penemuan kes ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, mana-mana individu yang melakukan perbuatan tersebut boleh didakwa di bawah Seksyen 15 Akta Perhutanan Negara 1984 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM500,000 dan dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun jika sabit kesalahan.

Sehubungan itu, Jabatan Perhutanan Negeri Perak amat mengalu-alukan sebarang maklumat awam berhubung kegiatan mengambil hasil hutan tanpa kebenaran dan aktiviti penerokaan Hutan Simpan Kekal (HSK) secara haram di negeri ini.