Pilpres 2024: Wanita Indonesia dakwa berlaku diskriminasi politik

Lingga Permesti (kiri) dari Parti Parti Keadilan Sejahtera Islam (PKS) menyerahkan kalendar semasa kempen di bandar Klaten. - AFP
Lingga Permesti (kiri) dari Parti Parti Keadilan Sejahtera Islam (PKS) menyerahkan kalendar semasa kempen di bandar Klaten. - AFP
A
A
A

JAKARTA - Barisan calon pilihan raya presiden (Pilpres) 2024 pada bulan depan kebanyakan didominasi lelaki, tetap sebilangan wanita cuba turut serta ke kancah politik yang sekian lama diterajui golongan itu.

Lebih 200 juta penduduk Indonesia layak mengundi dalam pilihan raya yang berlangsung pada 14 Februari depan, dengan lebih separuh adalah wanita, namun hanya segelintir golongan itu mewakili mereka dalam Parlimen.

"Kami mempunyai ramai ahli politik wanita yang berdedikasi dan berkebolehan, tetapi masih ramai yang menganggap wanita lemah serta tidak mempunyai kualiti kepimpinan.

"Tetapi itulah realitinya, terutamanya di kawasan luar bandar," kata calon ahli Parlimen, Lingga Permesti kepada AFP di bandar Klaten di mana beliau bertanding di kawasan itu.

Sekian lama, Indonesia terkenal dengan amalan politik nepotisme dan pernah mempunyai presiden wanita, Megawati Sukarnoputri iaitu anak perempuan presiden pertama, Sukarno.

Tetapi, beliau tidak dipilih secara langsung dan dilantik menjawat jawatan tertinggi daripada naib presiden selepas penyingkiran Abdurrahman Wahid pada tahun 2001.

Calon dari parti PKS melawat rumah penduduk semasa kempen pilihan raya di bandar Klaten. - AFP
Calon dari parti PKS melawat rumah penduduk semasa kempen pilihan raya di bandar Klaten. - AFP

Dalam pengundian bulan depan, kesemua 18 parti politik yang bertanding 580 kerusi Parlimen dan 30 daripadanya adalah wanita.

Artikel Berkaitan:

Wanita telah memegang portfolio menteri dan Speaker Dewan Perwakilan terkini adalah seorang wanita manakala jumlah ahli Parlimen meningkat daripada seorang kepada lima orang pada tahun 2019.

Di sebalik perkembangan kempen baru-baru ini, perwakilan wanita tidak menonjol, menurut pakar.

Segelintir wanita berkata, mereka dilayan seperti 'orang luar'.

"Semasa mengadakan kempen, seorang ketua daerah lelaki memberitahu penduduk di sana bahawa saya hanyalah calon tambahan.

Tetapi, sebenarnya saya bertanding hanya untuk membantu parti memenuhi kuota perwakilan," kata Lingga kepada AFP.

Masyarakat patriaki

Semasa dua debat presiden pertama negara itu, tiga lelaki bertarung untuk jawatan tertinggi iaitu Menteri Pertahanan Prabowo Subianto dan bekas gabenor wilayah Ganjar Pranowo dan Anies Baswedan, didapati tidak sekali pun menyebut tentang penjagaan kesihatan reproduktif atau peluang yang sama.

Hanya satu parti yang memenuhi kuota calon wanita untuk pilihan raya di seluruh negara di setiap 84 daerah yang bertanding.

Lingga (kiri) menerangkan proses pengundian kepada penduduk tempatan di bandar Klaten. - AFP
Lingga (kiri) menerangkan proses pengundian kepada penduduk tempatan di bandar Klaten. - AFP

Pakar pilihan raya, Titi Anggraini dari Universiti Indonesia berkata, suruhanjaya pilihan raya hanya membenarkan lebih sedikit calon wanita bertanding yang sekali gus mengukuhkan keengganan untuk membawa lebih ramai wanita ke dalam kancah politik.

"Tahun 2024 menandakan penurunan dalam pengesahan perwakilan wanita, menunjukkan kemunduran negara dalam memenuhi hak politik," katanya.

Ahli antropologi di Universiti Indonesia, Irwan Martua Hidayana berkata, masyarakat patriarki atau kuasa dipegang kaum lelaki berpunca daripada sikap berakar umbi yang diperkenalkan semasa era penjajahan Belanda selama beberapa dekad dan kemudian diperkukuh semasa pemerintahan autokratik Suharto.

"Jika kita melihat sejarah, beberapa kajian menunjukkan bahawa Indonesia mempunyai hubungan egalitarian antara lelaki dan wanita sebelum penjajah mengubahnya," kata Irwan. - AFP