Banjir: ATM bantu usung keluar jenazah warga emas


Pasukan ATM mengharung banjir sedalam lebih satu meter bagi membawa jenazah Kalthom yang meninggal dunia di rumahnya akibat sakit tua.
Pasukan ATM mengharung banjir sedalam lebih satu meter bagi membawa jenazah Kalthom yang meninggal dunia di rumahnya akibat sakit tua.
A
A
A

HULU TERENGGANU - Kegigihan Batalion ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para) meredah air banjir telah berjaya membawa keluar jenazah seorang warga emas wanita yang meninggal dunia di Kampung Bukit Tadok, dekat sini pada Khamis.

Dengan terpaksa mengharungi banyak laluan ditenggelami air banjir di kawasan tersebut, mereka telah mengusung jenazah warga emas itu sehingga ke trak tentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejauh lebih 100 meter.

Pasukan tersebut mengharung banjir sedalam lebih satu meter bagi membawa jenazah Kalthom Mat, 84, yang meninggal dunia di rumahnya akibat sakit tua pada jam 9 pagi tadi.

Pasukan ATM berjaya membawa keluar jenazah seorang warga emas wanita yang meninggal dunia di Kampung Bukit Tadok pada Khamis.
Pasukan ATM berjaya membawa keluar jenazah seorang warga emas wanita yang meninggal dunia di Kampung Bukit Tadok pada Khamis.

Kediaman mangsa yang digenangi air sejak semalam menyebabkan van jenazah tidak dapat memasuki kampung berkenaan.

Justeru, bantuan daripada ATM tersebut berjaya membawa jenazah mangsa untuk dibawa ke masjid sebelum ke Tanah Perkuburan Islam Bukit Tadok.

Sementara itu, anak arwah Kalthom, Mat Sudin Mustafa, 63, berkata, dia berterima kasih kepada ATM yang telah membantu memindahkan jenazah ibunya dengan meredah air susulan pekarangan rumah dinaiki air lebih satu meter sehingga menyukarkan urusan selanjutnya.

Artikel Berkaitan:

Mat Sudin
Mat Sudin

Menurut Mat Sudin, jenazah ibunya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Tadok selepas solat Asar.

"Penghulu kampung dan pengurusan kampung meminta bantuan ATM yang melakukan operasi membantu mangsa banjir di kampung ini.

"Terima kasih ATM kerana sudi membantu mengharungi banjir sedalam lebih satu meter mengusung arwah ibu sebelum dibawa dengan trak ke masjid.

"Alhamdulillah... bantuan tersebut memudahkan proses membawa keluar arwah ibu ke masjid berjalan dengan baik," ujarnya.


Pasukan ATM mengharung banjir sedalam lebih satu meter bagi membawa jenazah Kalthom Mat, 84, yang meninggal dunia di rumahnya akibat sakit tua.
Pasukan ATM mengharung banjir sedalam lebih satu meter bagi membawa jenazah Kalthom Mat, 84, yang meninggal dunia di rumahnya akibat sakit tua.

Sementara itu, Pegawai Memerintah Batalion Ke-18 RAMD (Para) Leftenan Kolonel Mohd Zaki Jusoh berkata, pasukannya telah mengatur gerakan 'first responder' untuk membantu mangsa banjir yang terjejas di Hulu Terengganu.

"Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para) tidak ketinggalan memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Terengganu dengan kehadiran mereka di lokasi yang terbabit.

"Pasukan 18 RAMD (Para) turut memberikan bantuan memindahkan jenazah seorang wanita warga emas dari rumah ke tanah perkuburan di Kampung Bukit Tadok, Hulu Terengganu.

"Atur gerak ini membabitkan tiga pegawai dan 25 anggota diketuai oleh Mejar Shah Hadi Shah Budin termasuk aset perairan dan kenderaan bagi membantu memindahkan mangsa di kawasan terjejas ke PPS," jelasnya.