Tiada kelompongan dalam Akta Anti Lompat Parti - Azalina

Azalina (kiri) dalam sidang akhbar selepas hadir pada majlis pelancaran Van Justice On Wheels (Jabatan Bantuan Guaman) di Dewan Gawir, Kampung Madsiang, Penampang.
Azalina (kiri) dalam sidang akhbar selepas hadir pada majlis pelancaran Van Justice On Wheels (Jabatan Bantuan Guaman) di Dewan Gawir, Kampung Madsiang, Penampang.
A
A
A

PENAMPANG - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said menolak adanya kelompongan dalam Akta Anti Lompat Parti yang digubal pada 2022.

Sebaliknya Ahli Parlimen Pengerang itu menegaskan bahawa akta itu digubal kerajaan lalu yang mana mereka kini sudah menjadi pembangkang.

"Tiada (kelompongan), yang buat Akta Anti Lompat itu kerajaan mana? Sekarang mereka pembangkang, mereka juga sekarang cakap ada kelompongan, masa mereka buat undang-undang itu takkan mereka tak menilai kelompongan.

"Kenapa mahu tolak kerajaan ini, kerja kami mahu tutup lompongkah? Tidak. Kerja kami sekarang adalah untuk pastikan undang-undang yang kita ada sekarang, kita kena pastikan Akta Anti Lompat Parti bahawa kerusi itu milik kepada parti dan rakyat.

"Kerusi itu bukan milik individu ahli Parlimen, itu yang saya cuba terangkan," katanya dalam sidang akhbar selepas hadir pada majlis pelancaran Van Justice On Wheels (Jabatan Bantuan Guaman) di Dewan Gawir, Kampung Madsiang di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas jika kerajaan bercadang untuk menambah baik Akta Anti Lompat Parti yang dilihat lompong ketika ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, keutamaan kerajaan ketika ini adalah untuk pelaksanaan perubahan undang-undang tersebut.

"Kami punya keutamaan kepada rakyat seperti program Bantuan Guaman Bergerak, Mahkamah Bergerak. Itu keutamaan kami.

Artikel Berkaitan:

"Bila bercakap mengenai Akta Anti Lompat Parti, kita bercakap mengenai kuasa, rakyat sudah letih pasal kuasa.

"Rakyat sudah letih pasal perjuangan mereka mahukan kestabilan, jadi kerajaan boleh tumpukan kepada pembangunan ekonomi dan sebab itu kerajaan fokus kepada Madani," katanya.