Mangsa banjir gelombang keempat di Terengganu meningkat 1,559

Anggota penyelamat menyelamatkan mangsa banjir. Foto APM Terengganu
Anggota penyelamat menyelamatkan mangsa banjir. Foto APM Terengganu
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus meningkat apabila seramai 1,559 mangsa daripada 471 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah di negeri ini.

Sehingga jam 8 pagi ini, sebanyak 32 PPS telah dibuka di Besut, Dungun, Hulu Terengganu, Kemaman dan Setiu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan, Besut merupakan daerah paling teruk terjejas dengan seramai 516 mangsa daripada 147 keluarga sudah dipindahkan ke lapan PPS.

Menurutnya, mangsa banjir di daerah Setiu pula kini seramai 454 orang daripada 144 keluarga dan semua mereka ditempatkan di sembilan PPS.

"Bagi daerah Dungun, empat PPS sudah dibuka bagi menempatkan 283 mangsa daripada 86 keluarga yang terjejas banjir, manakala di Hulu Terengganu pula melibatkan 88 keluarga terdiri daripada 282 individu sudah dipindahkan ke sembilan PPS," kata kenyataan itu pada Khamis.

Jelas kenyaataan itu lagi, mangsa banjir di Kemaman pula melibatkan 24 individu daripada enam keluarga yang ditempatkan di dua PPS.

Jelas kenyataan itu, cuaca hujan masih melanda di beberapa tempat di daerah yang terlibat bencana berkenaan.

Artikel Berkaitan: