Pink mohon sumbangan RM2 juta untuk pasukan penyelamat

Pink. - Foto Agensi
Pink. - Foto Agensi
A
A
A

WASHINGTON - Penyanyi wanita antarabangsa Pink memohon sumbangan AS$500,000 (RM2 juta) untuk anggota penyelamat barisan hadapan yang bergelut memadamkan kebakaran hutan dahsyat di Australia.

Menerusi ciapan di Twitter miliknya, Pink menyatakan kesedihannya melihat bencana yang sedang berlaku di negara itu.

"Saya merayu sumbangan RM2 juta secara langsung kepada perkhidmatan bomba tempatan yang berusaha keras di barisan hadapan.

"Saya bersimpati dengan rakan dan keluarga mangsa yang terjejas akibat kebakaran tersebut," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kebakaran di Australia ragut dua lagi nyawa

Selain Pink, pelawak Australia, Celeste Barber berjaya mengumpul lebih AS$4 juta (RM16.41 juta) untuk Pemegang Amanah Perkhidmatan Bomba Luar Bandar NSW dan Tabung Sumbangan Briged, sekali gus mendorong peminatnya di seluruh dunia untuk turut menghulurkan sumbangan. - Agensi

Artikel Berkaitan: