Trump tawar ganjaran AS$1 juta dedah penipuan pilihan raya

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Isnin mengumumkan rancangan menawarkan ganjaran AS$1 juta (RM4.09 juta) kepada individu yang melaporkan penipuan dalam pilihan raya terdahulu atau pilihan raya separuh penggal akan datang pada 3 November, dengan syarat maklumat itu membawa kepada penangkapan dan sabitan terhadap pihak yang bertanggungjawab, lapor Anadolu Ajansi.
"Sesiapa sahaja yang melaporkan penipuan dalam pilihan raya terdahulu atau pilihan raya separuh penggal 2026 akan menerima AS$1 juta selepas pihak yang melakukan penipuan itu ditangkap dan disabitkan kesalahan!" menurut Trump menerusi hantaran di platform Truth Social.
Pengumuman itu dibuat ketika AS bersiap sedia menghadapi pilihan raya separuh penggal minggu depan yang bakal menentukan parti mana akan menguasai Kongres, di tengah-tengah pertikaian politik yang semakin memuncak berhubung integriti pilihan raya. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
