Dua syarikat abai keselamatan pekerja didenda
IPOH – Sebuah syarikat didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini selepas didapati gagal menyediakan prosedur kerja yang selamat hingga mengakibatkan kematian seorang pekerja seliaannya, 5 April lalu.
Hakim Norashima Khalid menjatuhkan hukuman denda itu terhadap Ipoh Diamond Piling Sdn Bhd yang diwakili Pengarahnya, Tan Han Fei selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Kesalahan dilakukan di Bandar Meru Raya pada 5 April 2018 itu menyebabkan seorang pekerja, Mohd Hanif Azman maut serta merta di tempat kejadian.
Pertuduhan dilakukan dibawah Seksyen 15(1), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
Di mahkamah sama, sebuah syarikat pembuatan didenda RM25,000 selepas didapati gagal mengadakan sistem kerja selamat bagi kerja mengambil runner pada mesin injection moulding sehingga menyebabkan kemalangan kepada seorang pekerjanya.
Norashima menetapkan hukuman denda itu selepas Asiatic Plastic Packaging Industries Sdn Bhd mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan dibawah Seksyen 15(1), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
Kemalangan pada 8 September 2018 lalu telah menyebabkan pekerja tersebut mendapat kecederaan parah iaitu hancur pada kelima-lima jari tangan kanan kerana tersepit pada bahagian mould mesin injection moulding.
Pendakwaan bagi kedua-dua kes dilakukan Pegawai Pendakwa Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak, Mudzaffar Anwar Hussin.
Agenda pemantapan tata kelola, integriti jadi asas utama SPRM
Sinar Harian juarai kategori media elektronik Anugerah Media SPRM
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Jemaah haji dilengkapi IPS, mudahkan rawatan
'Saya mohon maaf kepada keluarga mangsa, anggota tentera' - Saifuddin Shafik
Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
[VIDEO] Hantaran jelik hina kru TLDM terkorban, Saifuddin Shafik didenda RM23,000
Akaun 3 KWSP untuk kecemasan, bukan beli telefon bimbit, sport rim mewah