Peka, SACF gagal cabar pembangunan di Bukit Cherakah

Peka dan SACF gagal memulakan prosiding semakan kehakiman dalam usaha untuk mencabar nyahwarta Bukit Cherakah sebagai hutan simpan. Foto hiasan
Peka dan SACF gagal memulakan prosiding semakan kehakiman dalam usaha untuk mencabar nyahwarta Bukit Cherakah sebagai hutan simpan. Foto hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (Peka) dan Persatuan Rimba Komuniti Shah Alam (SACF) gagal memulakan prosiding semakan kehakiman dalam usaha untuk mencabar nyahwarta Bukit Cherakah sebagai hutan simpan.

Ia selepas Mahkamah Rayuan menolak permohonan yang difailkan oleh kedua-dua badan bukan kerajaan (NGO) tersebut.

Penel tiga hakim bersidang yang diketuai oleh Datuk Azizah Nawawi memutuskan permohonan yang difailkan NGO itu sudah terlewat.

"Sepatutnya Peka dan SACF memfailkan permohonan itu pada tahun 2000 iaitu dalam tempoh tiga bulan selepas keputusan nyahwarta hutan simpan itu dibuat pada 20 November," katanya pada Rabu.

Dua lagi hakim yang bersidang adalah Datuk Azimah Omar dan Datuk Wong Kian Kheong.

Peka dan SACF memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman mencabar keputusan Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Pengarah Jabatan Perhutanan negeri dan Pejabat Daerah dan Tanah Petaling pada 5 Mei tahun lepas untuk menyahwartakan 406.22 hektar hutan simpan Bukit Cherakah.

Kedua-dua NGO itu mendakwa adalah menyalahi undang-undang untuk Kerajaan Negeri Selangor mengundurkan tarikh sesuatu warta, memaklumkan satu keputusan telah dibuat ke atas penyahwartaan itu pada 20 November 2020.

Selain Kerajaan Negeri Selangor, turut dinamakan sebagai responden adalah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Pengarah Jabatan Perhutanan Selangor, Pejabat Daerah dan Tanah Petaling, YCH Development Sdn Bhd, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor and Restu Mantap Sdn Bhd.

Artikel Berkaitan: