Meniarap cara tidur penghuni neraka?

LARANGAN tidur meniarap bukan sahaja disebabkan faktor kesihatan, tetapi juga ia turut ditegah dalam Islam.
LARANGAN tidur meniarap bukan sahaja disebabkan faktor kesihatan, tetapi juga ia turut ditegah dalam Islam.
A
A
A

SEMUA sedia maklum, tidur dalam posisi meniarap adalah tidak baik kerana memberikan implikasi buruk kepada kesihatan.

Selain menyebabkan leher lenguh atau terseliuh, impaknya turut dirasai pada tulang belakang.

Ya, itu yang kebanyakan daripada kita tahu tentang bahaya dan risiko tidur dalam keadaan meniarap.

Hakikatnya, posisi meniarap juga dilarang dalam Islam dan memang ada nas yang jelas memerihalkan tentangnya.

Antaranya riwayat daripada Ya’ish daripada ayahnya, Tikhfah bin Qaysi al-Ghifari RA yang mana pada suatu hari, ketika beliau sedang tidur di dalam masjid dalam keadaan meniarap, datang seseorang yang menggerakkannya dengan kaki lalu berkata:

”Sesungguhnya ini adalah cara tidur yang dimurkai ALLAH. Kemudian Tikhfah RA berkata: “Lalu aku melihat lelaki itu (yang membangunkanku) adalah Rasulullah SAW.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Abu Daud)

Dalam lafaz yang lain, Rasulullah SAW bersabda: “Bangun dan duduk, sesungguhnya ini adalah cara tidurnya penghuni neraka.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Berdasarkan hadis berkenaan, menurut bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan, tidur dalam posisi sebegitu dengan sengaja dihukumkan sebagai makruh.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

“Demikian yang dijelaskan dalam kitab-kitab fiqh Mazhab Syafie termasuklah oleh Imam An-Nawawi.

“Bahkan, Al-Khatib Asy-Syarbini Rahimahullah turut menyebut, disunatkan untuk kita mengejutkan mereka yang tidur dalam keadaan meniarap,” katanya sebagaimana dipetik menerusi laman web Maktabah Albakri.

Justeru, Zulkifli menasihatkan agar kita menjauhi tidur dalam keadaan meniarap.

“Amalkanlah adab-adab dan sunnah ketika hendak tidur seperti berwuduk, menutup pintu dan lampu, mengibas tempat tidur, mengiring ke kanan, membaca ayat Kursi, tiga qul serta doa, meletakkan tangan kanan di bawah pipi kanan dan membaca doa ketika bangun dari tidur,” titipnya.

Mengulas tentang membangunkan orang lain yang sedang tidur dengan kaki, agamawan itu menjelaskan, dalil dinyatakan tadi menunjukkan keharusannya, apatah lagi Nabi Muhammad SAW sememangnya manusia paling tawaduk dan perbuatan itu tidak dikira sebagai takabbur.

“Jika melibatkan perasaan takabbur, ada hukumnya yang lain. Namun, andai semata-mata membangunkan seseorang dengan menggerakkan kaki dan mencuitnya, tidak mengapa.

JAUHI diri daripada tidur meniarap, sebaliknya ikutilah adab-adab yang dianjurkan dalam agama ketika melelapkan mata. -Gambar hiasan
JAUHI diri daripada tidur meniarap, sebaliknya ikutilah adab-adab yang dianjurkan dalam agama ketika melelapkan mata. -Gambar hiasan

“Dari satu segi, perlu lihat juga keadaan orang yang ingin dikejutkan. Jika ditakuti individu berkenaan merasa diperkecilkan dan dipandang rendah andai kita membangunkannya dengan menggunakan kaki, maka perbuatan itu hendaklah dielakkan,” katanya.