Bapa tembak mati anak sebab bendera parti politik

Bendera parti Tehreek-e-Insaf (PTI) yang dipimpin bekas Perdana Menteri Imran Khan. - Agensi
Bendera parti Tehreek-e-Insaf (PTI) yang dipimpin bekas Perdana Menteri Imran Khan. - Agensi
A
A
A

PESHAWAR - Seorang bapa tergamak membunuh anak sendiri selepas mereka tidak bersetuju mengenai bendera politik yang hendak dikibarkan menjelang pilihan raya umum Pakistan.

Pertengkaran tercetus selepas anak lelaki itu baru pulang bekerja dari Qatar telah menaikkan bendera parti Tehreek-e-Insaf (PTI) yang dipimpin bekas Perdana Menteri, Imran Khan di rumah mereka di pinggir Peshawar, wilayah Khyber Pakhtunkhwa.

"Bapa melarang anaknya menaikkan bendera PTI di rumah, tetapi anak lelaki itu enggan menurunkannya.

"Pertengkaran semakin kemuncak dan dalam keadaan marah, bapanya melepaskan tembakan menggunakan pistol ke arah anak lelaki berusia 31 tahun sebelum melarikan diri," kata pegawai polis daerah, Nasser Farid.

Anak lelaki itu meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.

Ketika ini, pasukan polis menggerakaan operasi mencari bapa mangsa yang menyokong Parti Kebangsaan Awami dan meletakkan bendera itu di rumah mereka.

Pilihan raya umum Paksitan dijadualkan berlangsung pada 8 Februari depan telah sering dicemari dengan keganasan di Pakistan, apabila calon-calon bertanding menjadi sasaran pengeboman dan serangan senjata api. - AFP

Artikel Berkaitan: