Novel genre cinta Islamik jadi tarikan

Jualan Gudang Karangkraf 2024 bermula pada 25 Januari sehingga 4 Februari di Kompleks Kumpulan Karangkraf. Gambar kecil: Azzah
Jualan Gudang Karangkraf 2024 bermula pada 25 Januari sehingga 4 Februari di Kompleks Kumpulan Karangkraf. Gambar kecil: Azzah
A
A
A

SHAH ALAM - Kemunculan semula novel genre cinta Islamik terbitan Alaf21 menjadi antara tarikan sempena Jualan Gudang Karangkraf 2024 yang bermula pada 25 Januari sehingga 4 Februari di Kompleks Kumpulan Karangkraf.

Pengurus Penerbitan Grup Buku Karangkraf (GBK), Azzah Abdul Rahman berkata, jualan gudang berkenaan turut memperkenalkan novel, buku agama dan kanak-kanak yang baharu, terbitan tahun ini.

Menurutnya, antara judul buku baharu yang terdapat di jualan gudang tersebut adalah Yang Bertakwa Pasti Berjaya karya Fazrul Ismail, Sebelum Berdua penulisan Normaliza Mahadi, Nota My #QuranTime, siri Cari Kata dan Poster Belajar Tulis.

“Yang menarik adalah novel Duhai Pemilik Hati hasil karya Nadhrah Husna yang juga menunjukkan kemunculan semula novel genre cinta Islamik terbitan Alaf21 yang dinanti-nantikan oleh peminat.

“Buku Kiasan Tuhan dalam al-Quran penulisan Dr Muhammad Arif Musa juga menghuraikan makna dan pengajaran di sebalik perumpamaan berpandukan kitab tafsir para ulama terdahulu,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Aktiviti-aktiviti menarik menanti pengunjung Jualan Gudang Karangkraf 2024.
Aktiviti-aktiviti menarik menanti pengunjung Jualan Gudang Karangkraf 2024.

Tambah Azzah, bagi kanak-kanak pula, terdapat buku khas yang menyediakan aktiviti selain menambah pengetahuan mereka di rumah atau sekolah.

Jelasnya, ibu bapa atau guru boleh menggunakan siri buku Cari Kata dan Poster Belajar Tulis sebagai bantuan mengajar anak-anak.

Artikel Berkaitan:

“Buku Cari Kata itu boleh menambah pengetahuan dan kosa kata kanak-kanak dalam topik negara ini, dunia, manusia dan lain-lain.

“Bagi Poster Belajar Tulis pula terdiri daripada sifir, qunut nazilah, penulisan abjad, nombor dan jawi. Ia boleh ditulis menggunakan pen yang boleh dipadam,” jelasnya.

Menurutnya, selain menjadi yang terawal mendapatkan buku baharu terbitan GBK, pengunjung juga berpeluang menemui barisan penulis hebat dalam sesi temu mesra. A

ntara penulis yang akan hadir ialah Afyan Mat Rawi, Dr Muhammad Arif Musa, Normaliza Mahadi, Elly Jalil, Kipas Hikmat, Nadhrah Husna, Aini Bakar, Mahaymin Wahab, Zharulnizam dan ramai lagi.