Sila log masuk terlebih dahulu.

Wanita bertopeng jadi tarikan gerai 'kuih asap kelong'

25 Januari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 25 JANUARI 2024

Inisiatif pasangan suami isteri menyediakan topeng kepada pekerjanya untuk digunakan ketika proses membakar adunan kuih tradisional di Kampung Padang Tengir, Manir, Kuala Terengganu menampilkan kelainan dan tarikan luar biasa, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.

Pengusaha kuih bakar, Nor Azilah Ali berkata, alatan dikenali sebagai 'particulate respirators' dan 'goggle' itu digunakan kerana tidak tahan berdepan bahang api dan asap tebal sepanjang proses membakar kuih tersebut.

Menurutnya, idea untuk memakai alatan itu dicetuskan oleh adik iparnya yang bekerja dalam sektor minyak dan gas (OAG) sebelum alatan itu dipakaikan kepada pekerjanya pada 2021.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata, walaupun terdapat pelbagai kaedah moden untuk menghasilkan kuih tradisional, legasi kuih bakar yang diusahakan ibu saudaranya, Zainab Ismail, sejak lebih 25 tahun itu masih mengekalkan kaedah pembuatan secara tradisional.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/646151/edisi/terengganu/wanita-bertopeng-jadi-tarikan-gerai-kuih-asap-kelong

Muzik: Elevate dari www.bensound.com